Monday, August 23, 2010

Tenanglah Duhai Hati




Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.


Tapi..kenapa hati kita tak gembira?


Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan..."


Apa masalah kita?


Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.


Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?


Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita.


Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?


Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..


Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.



Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain.


Macam mana tu?


Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.



Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita.


Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba.


Kita lupa kepada yang mencipta diri kita.


Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasalam, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?




Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.


Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...





hearttracker/ Casa Lova/23 August 2010










Tuesday, August 17, 2010

Masihkah Anda Ingat?




Masihkah anda ingat dengan gambar ini?
Gambar hati yang pertama kali penulis paparkan ini ibarat hati setiap insan yang penuh dengan noda-noda dosa dan titik-titik hitam yang tidak lari daripada membuatkan para hati itu terkadang menjadi sakit, sedih, gembira, dan pelbagai lagi perasaan negatif mahupun positif.





Pada kali ini, penulis mengajak semua orang, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini untuk sama-sama menunggu kehadiran malam Lailatul Qadar dan berbuat pelbagai amalan yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah.


Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam telah memberi penjelasan kepada sesiapa yang lalai dan tidak memperhatikan malam tersebut, iaitu samalah seperti menghalang dirinya daripada menerima kebaikannya dan ganjarannya.


Berkata para sahabat yang telah dinaungi mereka bulan Ramadhan:

“Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kamu didalamnya mengandungi malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang memuliakannya maka beliau akan dimuliakan kebaikan dalam semua perkara. Dan siapa yang tidak memuliakannya maka kebaikannya akan dihalang.” (Riwayat Ibnu Majah dari Hadith Anas, isnad Hassan sebagaimana di dalam Sahih Jaami’ Al-Saghir).


Maka, marilah kita sama-sama membersihkan hati kita untuk menerima kehadiran malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ini, justeru membawa kita kepada kehidupan mendatang yang lebih aman dan tenteram disamping Al-Khaliq; Allah Subhanahu Wa Taala dan para makhluk ciptaan-Nya sekalian.

Make it clean from the evil things to get the Barokah from Allah and Syafaat from Rasulullah untill we all meet and live together ever after in Jannatullah. In sya Allah. ^_^


Casa Lova/17 Ogos 2010

Ramadhan ke-6

kuncupan bunga kuning itu adalah salah satu proses dalam perkembangannya bakal memberi sinar dan menampakkan keindahannya pada suatu hari nanti

Alhamdulillah, usai azan Maghrib pada pukul 7.21 malam tadi menandakan berakhirnya Ramadhan ke-6 pada hari ini. Semoga berjaya ditempuhi dengan jayanya oleh semua umat Islam khususnya. Hari ini, merupakan hari ke-6 bagi penulis dan teman-teman dalam menghadapi cuti semester bagi musim panas yang berakhir pada hari pertama kami berpuasa di bumi Jordan ini iaitu pada 11 Ogos 2010.


Pada hari tersebut merupakan hari terakhir dan terasa hari yang sangat panjang dalam hidup penulis dan sebahagian teman yang bakal menduduki peperiksaan untuk subjek peperiksaan yang terakhir pada musim panas ini. Subjek Thaqofah Jamaliah atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘The BEAUTY of CULTURE’ tersangatlah mencabar mentaliti dan jiwa penulis dan teman-teman para ahli ekonomi ini.


Thaqofah Jamaliah. Matapelajaran yang bukan dalam bidang pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam yang kami ambil di Universiti Yarmouk, Jordan ini sangat-sangatlah memeningkan kepala untuk kami memahaminya. Apabila selesai sahaja menjawab kertas peperiksaan tersebut maka, berakhir jualah sesi pembelajaran kami pada musim panas di Jordan, sekaligus menamatkan sesi pembelajaran kami dalam matapelajaran Thaqofah Jamaliah yang lebih menitik beratkan aspek falsafah dan kesenian dalam pemahamannya.


Walaubagaimanapun, seorang teman penulis yang juga mengambil matapelajaran ini menasihatkan penulis dan teman-teman lain supaya mengambil istifadah daripada matapelajaran tersebut.


Beliau menasihatkan: “Korang janganlah risau sangat, in sya Allah, semuanya baik-baik belaka. Walaupun pada kita subjek ni semacam subjek killer, tapi anggaplah bahawa Allah hendak menunjukkan dan membuka mata kita bagaimana ahli-ahli falsafah dan para seniman yang bukan beragama Islam itu boleh mengkagumi segala ciptaan-Nya. Mereka lebih banyak mengkaji tentang segala ciptaan Tuhan, dan sepatutnya kita malu! Kita baru belajar asasnya sahaja sudah banyak merungut dan yang asyik kita fikirkan adalah tentang result kita yang bakal down kalau subjek ni tidak memenuhi kehendak yang kita inginkan untuk meningkatkan muaddal.” panjang lebar teman itu berbicara membuatkan penulis berfikir tentang apa yang diperkatakannya.


Benar apa yang diucapkan teman penulis itu. Namun ahli-ahli falsafah, para seniman, tokoh-tokoh sejarah yang telah kami kenali melalui subjek ini, seperti; Alexander Baumgarten yang mengkaji tentang ilmu Estetika, Plato, Aristotle, Leonardo Da Vinci, Samuel Johnson, Joshua Reynolds dan ramai lagi yang telah kami kenali dalam bahagian mereka masing-masing tetap tidak akan mampu untuk menandingi tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan paling banyak mempengaruhi jalan hidup manusia iaitu baginda Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam!


Sedangkan Micheal H.Hart yang merupakan seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi dan bukan beragama Islam itu juga sangat mengkagumi baginda Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam, apatah lagi kita yang sememangnya mendambakan untuk berusaha mengikut segala apa yang diajarkan baginda kepada kita.


Micheal H.Hart telah menulis sebuah buku yang bertajuk The 100 yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini kemudian diterbitkan semula dengan tajuk The 100: A Rangking of The Most Influential Persons in History terbitan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya dimuatkan kajian beliau berhubung 100 orang tokoh-tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan paling banyak mempengaruhi jalan hidup manusia dan akhirnya beliau merumuskan serta menempatkan baginda Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam pada kedudukan yang teratas sekali di dalam ranking pengkajian beliau.


Walaubagaimanapun, semua itu telah berakhir. Thaqofah Jamaliah (The Beauty of Culture), Tarbiah Watoniah (Civic Education) dan Maharat fi Hayatiah (Skills in Life). Semuanya telah berakhir. Kini, penulis dan para teman seperjuangan masing-masing menanti penuh debaran keputusan yang sedikit sebanyak akan memberi perubahan dalam kehidupan kami sebagai seorang pelajar.


Hari ini, pada Ramadhan ke-6 ini jugalah, penulis telah melihat keputusan bagi segala jerih susah dan payah dalam menghadapi kehidupan penulis sebagai pelajar di bumi bertuah pada musim panas ini. Alhamdulillah. Itu sahajalah yang mampu diucapkan melihat kepada keputusan peperiksaan bukanlah seperti yang diharapkan.


In sya Allah, dengan harapan yang masih menggunung tinggi untuk membawa pulang segulung ijazah daripada Universiti Yarmouk ini, penulis tidak akan berputus asa. Harapan untuk membawa ijazah dunia dan ijazah akhirat tetap akan menjadi matlamat kehidupan.


Semoga segala apa yang telah dipelajari dan difahami kita dalam kehidupan sebagai seorang yang menuntut ilmu akan diamalkan dalam kehidupan seharian dan sedaya upaya kita akan tetap berusaha untuk mendapatkan dan membawa pulang ‘ijazah akhirat’ ke dunia yang abadi nanti dengan keputusan yang cemerlang! Tiada istilah GAGAL dalam kehidupan selagi seseorang itu mampu berusaha untuk mencapai matlamatnya.


Kerana ilmu dipelajari untuk diamalkan, maka pencari ilmu seharusnya bersegera mengamalkan apa yang telah diketahui dan difahami, jika itu adalah tentang amalan-amalan yang boleh segera kita lakukan.


Ali bin Abi Thalib mengatakan: “Wahai pembawa ilmu, beramallah dengan ilmu itu, barang siapa yang sesuai antara ilmu dan amalannya maka mereka akan selalu lurus.” (Riwayat Ad-Darimi).

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ


“dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.” (Surah Muhammad, ayat 17).



Casa Lova/16 Ogos2010/6 Ramadhan 1431
Jiwa kacau semangat dicari.
Semoga Ramadhan memberikan ketenangan.
In sya Allah.

Saturday, August 7, 2010

Dengan Izin-NYA





Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam sedunia bertemu denganmu. Wahai Ramadhan. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan pasti menjadi dambaan seluruh umat Islam yang dahagakan kehadiranmu. Umat Rasulullah shalallahu a’laihi wassalam yang sholeh dan taat pasti sudah tidak sabar untuk bertemu denganmu. Namun, dalam beberapa hari, saki baki yang masih tinggal ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dengan apa yang telah kita lakukan.

Setiap perkara yang telah dilakukan, sedang dilakukan mahupun akan dilakukan oleh individu pasti meninggalkan kesan dalam kehidupan sehariannya. Setiap saat membawa seribu erti.

Kesedihan, kepedihan, kesakitan dan segala perasaan negatif yang wujud dalam diri pasti menyeksakan individu tersebut. Namun, perasaan tersebut jugalah yang harus disyukuri oleh individu kerana ianya juga merupakan perasaan yang dikurniakan oleh Allah. Bayangkan betapa kasihannya seorang individu yang tidak mempunyai perasaan apa-apa dalam menghadapi kehidupan sehariannya.

Semua perkara yang berlaku adalah dengan izin Al-Khaliq, Allah Yang Maha Kuasa, hatta penulis yang sedang berusaha menaip tulisan ini juga pasti tidak akan mampu dilakukan tanpa izin-Nya.

Yakinlah bahawa setiap perkara yang dilakukan samada perkara atau amalan tersebut baik atau buruk pasti akan mendapat ganjaran disisi Allah. Diharapkan Ramadhan kali ini, kita akan berusaha dalam mengikat hati ke arah pengabdian dan peng-Esa-an kepada Allah dalam mencari keredhaan-Nya. Semoga Ramadhan pada kali ini menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya.

Sabda Rasulullah shalallahu a’laihi wassalam yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu.”
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya dosa-dosa atau kesalahan yang telah dilakukan terhadap manusia, pastilah kemaafan jua yang dicari supaya para hati menjadi tenang. Berikanlah jua masa kepada individu yang bakal memaafkan supaya hatinya juga mampu mencari ketenangan yang didambakan.

Namun, tiadalah daya bagi individu dalam memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala selain berdoa dengan penuh pengharapan daripada Allah jika melakukan perkara-perkara yang dimurkai-Nya.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku.”

“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”.

Untuk mendapatkan syurga, ampunan dan dimakbulkan segala doa, marilah kita sama-sama membuat persediaan rapi, pengorbanan yang tidak sedikit dan keberanian dalam menghadapi pelbagai cabaran risiko yang tidak diduga. Diharapkan kehadiran Ramadhan pada kali ini diambil sebagai salah satu peluang dalam menambahbaikkan amal ibadat setiap individu.

Lirik lagu In sya Allah yang didendangkan oleh Maher Zain dibawah telah didedikasikan kepada penulis oleh seorang sahabat yang sangat rapat ketika penulis berada dalam kesedihan dan kepedihan jiwa yang menyeksakan. Dan beliau jugalah yang menjadi pencetus kepada penulis dalam tulisan kali ini. Semoga dengan penghayatan lirik lagu tersebut membawa kita semakin yakin dan beriman dengan segala perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian ini samada baik atau buruk adalah dengan izin Allah Yang Satu. In sya Allah.

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "In sya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".” (Surah Al-Kahfi, ayat 23-24).



Maher Zain – In sya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

In sya Allah...

In sya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

In sya Allah...

In sya Allah you’ll find your way

In sya Allah...

In sya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo... Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way...

In sya Allah...

In sya Allah we’ll find the way



wida/Casa Lova