Friday, July 15, 2011

Untaian Perjuangan Kekasih-Nya

 
Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah, hari ini mengambil sedikit peluang dan mencuri masa untuk mengemaskini blog. Sudah 1 bulan 7 hari diri menjadi seorang graduan Universiti Yarmouk, Jordan dan dalam masa 1 bulan ini juga telah berlalu saat, minit, hari, minggu dan bulan yang tidak mungkin dikembalikan lagi dalam kehidupan ini kecuali jika diizinkan-Nya.


Minggu-minggu selepas konvokesyen pada 8 Jun lalu telah diisi dengan pelbagai perkara terutama dengan memenuhi jemputan-jemputan khusus daripada teman-teman, sahabat-sahabat, junior-junior tersayang yang sangat baik hati dan tidak jemu dalam melayan kerenah kami dalam memenuhi jemputan khusus mereka untuk kami para graduan. Selain itu, jemputan yang paling dan semoga akan kekal terpahat dalam memori ingatan adalah apabila kami satu batch telah mengadakan sendiri jamuan untuk meraikan perpisahan kami yang tidak lama lagi akan kunjung tiba.


Majlis bermula lambat dan lagipun memang majlis jamuan makan-makan itu adalah kami sendiri yang anjurkan maka boleh dikatakan ‘ikut suka hati kami lah hendak buat macam mana’ kan.huhu. Alhamdulillah, program dipenuhi dengan ucapan setiap orang daripada kami bermula daripada ketua yang menguruskan kami sepanjang semester terutama pada hari pendaftaran mata pelajaran di universiti dan seterusnya diselang-selikan pula ucapan dengan timbalan penolongnya dan rakan-rakan syabab serta akhawat yang lain. Boleh dikatakan ketua dan timbalan penolong ini seperti ketua dan penolong kelas kami la untuk semester. =.=”


Seperti budak sekolah rendah pun ada apabila ada ketua dan penolong kelas pula dalam batch di peringkat universiti ini. Namun kami juga sangat menghargai segala apa yang telah dilakukan mereka yang telah banyak menolong dalam segala urusan. Selain itu, tayangan video juga telah dipertontonkan bagi mengenang hari-hari kami bersama sepanjang 4 tahun.


Post kali ini tiada yang lain mahu dikatakan selain hanya mahu mengabadikan nama sahabat-sahabat perjuangan di dalam blog  dengan merasakan setiap daripada mereka sangat berharga dalam kehidupan ini.


Teman-teman seperjuangan selama empat tahun. Ketua dan timbalannya; Amin Khidzir dan Fara Abu Hanifah. Seterusnya yang lain-lain; Muhammad Ain, Syazwan, Firdaus (Jai), Asrul Faiz (Abe), Azlan Shah (Alan), Hakim, Hamdi, Mustafa, Syah Nazrin, Abdellah serta teman-teman suka dan duka bersama  seramai 21 orang ‘adik-beradik’ tersayang; Atiqah Ali, Aqilah, Nudra Shafini, Muna Syazwana, Nathirah Azman, Maimun Muda, Masyitah, Fatimah Az-Zahrah, Fatimah Razali, Izzati Razak, Wan Asmaa’, Juliyana, Huda, Aida, Khairiah, Sarah Wahida, Hamiza, Nadiha, Atikah Ruslan, Izzati Jamaludin.

Semoga persahabatan ini kekal dan diredhai-Nya dunia dan akhirat. Dan bak kata wda malam pada jamuan itu, “Kalau lalu berselisih nanti, buat tak kenal je memang nak kena sekeh lah tu ok!” Ingat tu. ;)




30 Jun 2011 – Perpisahan pertama yang terpaksa kami lalui dalam batch perjuangan ini. Seramai 8 orang daripada kami telah pulang ke Malaysia dan meneruskan pula perjuangan mereka sendiri di tanah air tercinta. Semoga perjuangan kami seterusnya diredhai-Nya.


Semoga perjuangan kami ini juga thabat di jalan-Nya. Sungguh, kami pasti akan malu jika mengaku pejuang agama Allah tetapi masih alpa dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab menyampaikan walau satu ayat apa yang telah kami pelajari. Perjuangan baginda Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam yang dirindui para sahabat setelah kewafatan baginda, semoga kami juga akan menjadi orang yang dirindui mereka dalam menyampaikan amanah baginda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam, In sya Allah.


Untaian perjuangan Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam. Semoga kami tidak malu untuk mengaku sebegitu dengan sedikit ilmu yang ada pada diri. Subhanallah, masih begitu banyak yang belum dipelajari. Semoga dipermudahkan segala urusan.


Marilah sama-sama memperbaharui niat supaya apa yang bakal disampaikan oleh kita walau dengan satu ayat sekalipun mampu menyentuh hati nurani mereka yang mendengar. Semoga dibukakan hati kita dan mereka serta mereka juga berebut-rebut untuk tadah telinga mendengar apa yang diperkatakan oleh kita mengenai ilmu-Nya.


Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, sabda Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam mafhumnya yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu daripada dosa-dosa mereka." (HR Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)


Sebagai salah seorang penuntut ilmu-Nya, yakinlah bahawa seluruh umat manusia kini sangatlah memerlukan mereka yang memiliki atau ahli dalam bidang ilmu, kecekapan serta boleh menjadi contoh kepada mereka.


Oleh sebab masyarakat kini begitu mengikuti contoh atau teladan tertentu, maka biarlah kita menjadi teladan yang baik dengan mengikut keteladanan daripada baginda Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam serta keteladanan atau ajaran daripada kalamullah al-Quran kepada mereka dalam menghadapi hari-hari mendatang menuju redha dan keberkatan daripada-Nya.


In sya Allah semoga Allah memberkati semuanya.




wida / 15 Julai 2011
* sudah pindah ke rumah junior tersayang (farahdina, kama, jetty, adilah & faizah)
** mode menanti 20 hari sebelum pulang ke Malaysia.


1 comment: