Thursday, May 26, 2011

Hati Yang Hilang.



Bismillahirrahmanirrahim...
 





Hari ini sudah hampir satu minggu diri ini tidak lagi bergelar seorang pelajar atau penuntut ilmu Ijazah Sarjana Muda di Universiti Yarmouk, Jordan. Baru lepas ambil robe (jubah konvo) di universiti. 2 Jun akan menghadiri rehearsal bagi konvokesyen / graduasi pelajar. 8 Jun ini akan konvo bersama teman-teman di Universiti Yarmouk, Jordan walaupun ada juga teman-teman yang tidak dapat hadir bersama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.






Alhamdulillah syukur dengan segala penat lelah berjuang selama ini. Walaupun bukan syahadat ini yang dipinta untuk sampai ke akhir, namun ini merupakan salah satu wadah untuk sampai kepada-Nya dan juga merupakan salah satu daripada sijil-sijil yang akan ditatap emak dan ayah yang serba sedikit akan mengukir senyuman tulus dibibir mereka.




Walaubagaimanapun, disamping tujuh hingga lapan hari yang berteman menandakan usainya menjawab kertas akhir peperiksaan bagi subjek Macroeconomics membuatkan diri ini sedar betapa berharga dan bernilainya masa sebagai seorang penuntut ilmu dan begitu sedihnya diri dan hati ini apabila nikmat masa yang diberi kini dibazirkan begitu sahaja.




Sekian akhir ini, kalau diri tidak menghadap laptop kesayangan untuk menonton cerita-cerita korea atau jepun, pasti akan keluar berjalan dan terus berjalan menikmati pemandangan bumi barakah yang bakal ditinggalkan hampir dua bulan nanti.




Entah mengapa, dalam masa menghargai sekeliling seperti yang telah dihajatkan dalam entri lepas untuk mencipta kenangan agar ia terpahat dalam memori ingatan. Namun diri ini, sekian hari berlalu, sekian itu itu jua semakin hilang hatinya. Terasa hidup itu ada, tetapi hati itu tiada! No feelings.



Begitu banyak perkara yang berlaku, baik dan buruk, suka dan duka, semua itu tetap ditelan apatah itu jualah hakikat penyeri kehidupan ini. Pahit dan manis kehidupan yang perlu diharungi. Cuma perbezaannya, bagaimana kita mengharunginya dan dengan siapa yang akan kita harungi semuanya itu.




Perasaan hati yang hilang itu begitu sukar untuk ditemukan apabila insan sekeliling yang sepatutnya memahami begitu sahaja menunjal hati untuk terus dan terus mendiamkan diri apatah lagi apabila diri juga seorang yang tidak pandai untuk meluahkan rasa.




Perasaan itu semakin terus dipendam sehingga ke pelosok yang paling dalam. Untuk diluahkan, bimbang akan dosa mengumpat yang akan termakan diri dan jiwa juga akhirnya, maka pengaduan kepada DIA yang Maha Mendengar itu jua lah yang menjadi ketenangan. Walau hakikat sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang begitu sensitifnya itu mahukan jua motivasi serta pembakar semangat bagi diri.




Mungkin kerana itu jualah mengapa Allah tidak membenarkan diri berseorangan apabila hati dilanda resah dan gelisah itu agar tiada tindakan bodoh yang dilakukan hatta apabila diri hilang kewarasan dan keimanan. Peranan mereka disekeliling sangat diperlukan dan hati menjerit-jerit memanggil siapkah yang bakal sudi memecahkan keresahan sang hati.




Sungguh, sudah lama bersama namun itu tetap tidak menjanjikan sesiapa untuk memahami. Sesungguhnya masa itu akan terus berlalu namun kenangan itu tetap boleh dicipta jika diri dan para hati mahukannya. Penting sangatkah untuk hidup dengan kenangan?




Sesungguhnya, kenangan dan memori yang tercipta itu sepertinya salah satu penyeri kehidupan. Walaupun tiada hala tujuan kehidupan, pasti hidup akan berseri jika kenangan itu yang difikirkan semula suatu tika nanti. Terutama apabila kenangan atau memori itu dicipta bersama dengan mereka yang tersayang dan apatah lagi apabila ianya diceritakan semula dengan mereka yang mahu untuk bersama mendengarkan kenangan itu.




Walaubagaimanapun, kenangan itu bukanlah syarat untuk kamu maju ke hadapan andai kamu alpa dalam kenangan sehingga tidak mahu maju ke hadapan tatkala yang lain sudah mula menggapai kejayaan. Kenangan yang membuatkan kamu leka dalamnya itu tetap akan menjadi kecundangan bagi kamu jika tiada usaha untuk kamu maju ke hadapan.




Andai tiada apa untuk dikenang, cukuplah merasa kenangan diri bersama si DIA. Semoga para hati tidak akan alpa untuk terus mencipta kenangan dengan-Nya. Apa yang telah dilakukan untuk-Nya? Nikmat masa yang diberi kini, adakah akan terus dibazirkan begitu sahaja? Ya Allah, lindungi diri dan para hati daripada nikmat masa yang alpa pada-Mu.




Hati yang kian hilang. Perasaan keseorangan yang pasti akan menjadi pembunuh jiwa! Sesungguhnya Allah jua telah berpesan untuk tidak berjuang berseorangan dalam kehidupanmu, mengapa begitu ego untuk tetap hidup seorang? Adakah kamu mampu hidup tanpa wujud orang lain disisi. Begitu tabik dengan orang sebegitu dan mahu lihat berapa lama mereka mampu bertahan. Sesungguhnya kita hidup jua memerlukan DIA!




“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff: 4)




Begitu sedih dengan mereka yang berada dalam keramaian orang, namun masih terasa diri seorang! Bukanlah yang dipinta diri itu seorang namun entah dimana silapnya. Mungkin kesilapan itu daripada diri sendiri atau jua daripada mereka sekeliling yang tidak mahu memahamkan. Begitu susah menjadi diri sendiri jika masing-masing terus menolak untuk memahamkan diri masing-masing.




Semoga wujud dan hadirnya perasaan untuk menghargai yang lain supaya diri anda juga dihargai dan janganlah menjadikan seseorang itu keperluan apabila dikehendaki sahaja supaya anda jua tidak diperlakukan sebegitu rupa!




Antara hitam dan putih, antara baik dan jahat, adakala kita akan menjadi salah satu daripada itu. Oleh itu sedarlah bahawa sesiapa jua tidak berhak untuk menghukum mereka yang lain, kerana sungguh, hanya Allah Subhanahu Wa Taala yang berhak menghukum dan sesungguhnya DIA jua lah Yang Maha Mengetahui.




Setiap perkara yang dilakukan pasti ada baik dan buruknya, pasti ada balasan mahupun hikmahnya. Pilihlah yang mana anda suka bagi meneruskan kehidupan.




Sesungguhnya ada teringat pesanan daripada Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali kepada semua bahawa, mafhumnya:



"Carilah hatimu di tiga tempat.Temuilah hatimu ketika kamu membaca Al Quran.Jika kamu tidak temui,carilah ia ketika kamu bersolat.Jika masih tidak temui,maka carilah ia semasa kamu bertafakkur mengingati mati.Jika engkau tidak temuinya juga,maka berdoalah kepada Allah untuk hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu,kau tidak mempunyai hati".




Jika anda berasa anda berada di atas, janganlah ingat anda akan selalu berada di atas. Berdoalah sentiasa, kerana hanya Allah sahajalah yang memegang hati yang berbolak balik ini.




Wallahu taala ‘alam.







wida/casalova/26 Mei 2011

mode kali ini:

* malam ini akan ke Aqobah bagi meraikan usaha yang telah dilakukan oleh mereka yang bersusah payah untuk meraikan kami yang bakal khirij. semoga ada hikmah dan manfaatnya. In sya Allah.


* sungguh, hanya dengan menulis dapat menenangkan hati ini walau tiada orang yang mahu baca atau ada yang mempertikaikan mengapa menggelarkan diri ini ‘penulis’ setiap kali dalam tulisan. Tujuan hanyalah berniat untuk memotivasikan diri dan tidak berhajat untuk menyakitkan hati sesiapa andainya kamu tidak pernah ada dalam masa-masa bersama maka kamu tidak berhak jua untuk mempertikaikan gelaran motivasi untuk diri ini. Kalau ada kata-kata yang membina dipersilakan, kalau ada kata-kata hinaan atau peril-perlian, aku tetap ambilnya positif memotivasikan diri. Alhamdulillah.


* walau apa pun, terima kasih kepada mereka yang sudi membaca tulisan-tulisan ini dan memberi semangat dibelakang. Hanya Allah yang mampu membalasnya. In sya Allah.





2 comments:

  1. memotivasikan org lain itu mungkin mudah,namun mencari kekuatan utk memotivasikan diri sendiri itu memang payah..amat payah!!perlu bina jati diri dan kekuatan dlm jiwa sendiri,memujuk hati agar tidak leka dgn kekecewaan..sungguh,mmg payah!!itu yg saya seringkali gagal lakukan!!jujur amat susah utk motivasikn diri ini sendri..but u still can motivated yourself dear!!good job!alhamdulillah,nikmat persahabatan yg Allah berikan,sering dtiup kata2 semangat dr sahabat2 smua.actly,kita xbleh hidup dlm dunia yg kita cipta sendiri,perlu bergaul dgn org ramai..bila kita asyik dok dlm dunia ciptaan kita thats why bila kita dtegur org ckit je kita akan tersentuh,melenting,makan hati,rasa org xsyg kita,x take care kita,..sedangkn kita sndri yg bina tembok ego dlm diri kita..jom sama2 kita manfaatkan saki baki masa kita bersama..insyallah,moga ukhwah kita hingga syurga..tq so much to wida spnjg kita bersahabat..ampun maaf salah silap spnjg bsahabat..mai la lepak2 villa 'amoura..hihi

    ReplyDelete
  2. nurul: thanx to others that motivated.syukran 'ala kulli hal..

    ReplyDelete