Tuesday, June 7, 2011

My Graduation Day.



my graduation day at 8 Jun 2011


invitation card for the graduation day



Alhamdulillah, esok merupakan hari graduasi bagi saya dan teman-teman setelah 4 tahun menempuh pelbagai cabaran dan ujian dalam kami menuntut ilmu sebagai seorang penuntut ilmu Ijazah Sarjana Muda Shariah (Ekonomi dan Perbankan Islam).




Perasaan untuk menempuh hari graduasi keesokan hari, pada hakikat diri ini sebenarnya tidaklah se'excited' seperti mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seperti ketika menghadiri hari graduasi semasa tamat belajar Kursus Intensif Bahasa Arab  (KIBA) 4 tahun lepas. Perasaannya kini biasa-biasa sahaja.




Faktor utama perasaan seperti ini adalah sebab hari graduasi pada kali ini terpaksa dilalui tanpa emak dan ayah disisi. Mungkin kerana diri sudah terbiasa daripada kecil semuanya bergantung kepada emak dan ayah disisi, sampaikan semua benda mahukan emak dan ayah berada bersama menyambut hari bahagia dan meraikan segala penat dan lelah, usaha yang telah dicurahkan untuk mendapatkan Ijazah ini.



Sayu melihatkan tiga keping kad jemputan yang diberikan oleh universiti dan selayaknya kad tersebut diberikan kepada emak dan ayah. Namun tidak mengapalah, terpaksa jualah menerima hakikat bahawa kali ini diri sudah mula mencapai tahap dewasa yang tidak perlu bergantung pada emak dan ayah setiap masa. Cukuplah cuma mengharapkan kekuatan semangat, redha dan sokongan daripada emak dan ayah sahaja dalam setiap perkara. 



Perlu yakin bahawa emak dan ayah sentiasa ada bersama! Walaupun mereka tiada disisi dan berada kejauhan di Malaysia namun mereka sentiasa berada bersama, didalam hati dan ingatan. Tulus doa daripada mereka sangat diharapkan supaya esok (pada hari graduasi) tidak tersadung dan terjatuh dikhalayak ramai semasa mengambil sijil Ijazah di atas pentas. huhu.




Perasaan sedih dan gembira kini bercampur. Sedih kerana terpaksa meninggalkan gelaran pelajar Ijazah yang sudah menjadi kebiasaan diri untuk berusaha dalam menuntut dan memahamkan ilmu-Nya dan juga sedih kerana sedar tanggungjawab kini sudah bertambah dan semakin berat, tetapi masih ragu-ragu jika diri ini kuat dan mampu untuk menerima tanggungjawab tersebut? 



Tanggungjawab kini semakin sedar bahawa diri adalah salah seorang khalifah dimuka bumi untuk memberi pula dalam setiap perkara dan tidak lagi sekadar menerima sahaja daripada yang lain seperti ketika belajar dahulu. Bukanlah dahulu tidak memberi tetapi kini semakin sedar diri akan menjadi bahan rujukan apabila kembali ke Malaysia. Allah, sangat takut apabila memikirkannya. Semoga tidak menjadi bahan rujukan yang salah. huh.



Gembira pula apabila kini sedar bahawa diri ini mampu menghasilkan apa sahaja asalkan berusaha dengan lebih gigih. Keputusan pembelajaran yang teruk dan berterusan bermula daripada semester dua tidak melemahkan semangat untuk terus berusaha gigih, dan akhirnya, walaupun keputusan itu bukanlah hebat seperti teman-teman yang lain, namun Alhamdulillah berasa puas kerana keputusan itu diperoleh setelah diri ini tidak lemah dalam kegagalan yang pertama dahulu. Maka dengan itu, diri ini juga perlu tanamkan semula semangat dan keyakinan untuk menerima tanggungjawab yang sedia ada dan semakin bertambah kelak.



Semoga kami akan terus bersemangat dalam menuntut ilmu dimana sahaja. Alam pekerjaan mula menanti! In sya Allah. Mungkin ada yang akan sambung belajar. Mana-mana pun baik sahaja asalkan yang penting kena yakin dan melakukan semuanya kerana Allah dan bersungguh-sungguh. Jangan sekadar hanya melepaskan batuk di tangga sahaja!



All the best untuk semua yang sentiasa berusaha mengecapi hari-hari yang mendatang samada sendiri mahupun bersama teman-teman. Jangan risau, jangan sedih. Allah bersama kita. In sya Allah yang terbaik untuk anda.





wida/casalova/7 Jun 2011
* menanti kedatangan hari esok (convocation day) tanpa keluarga tersayang tetapi bersama teman-teman tersayang. In sya Allah.
* kepada mereka yang hendak meraikan kami pada hari graduasi nanti sila lah datang ke Gym Khalid Al-Walid, Universiti Yarmouk Jordan esok (8 Jun 2011) pukul 10pagi. :)

2 comments:

  1. Pulang kalian dengan seribu satu kegembiraan buat ayah dan bonda tercinta...Sungguh itu semua ada hikmah yag baik untuk akak dan kita semua...selamat menjadi graduasi yang berjaya...^^

    ReplyDelete
  2. ameen ya Rabb. syukran my dear!

    lepas ni dgr fad pulak graduate dan menjadi graduan serta insan yg berjaya dunia & akhirat menyejukkan hati mak & ayah serta umat Islam! ;)

    ReplyDelete