Sunday, September 12, 2010

FITNAH wanita!


والفتنة أشد من القتل / والفتنة أكبر من القتل






"FITNAH itu lebih dahsyat dari pembunuhan" dan "FITNAH itu lebih besar dari pembunuhan" (Surah Al-Baqarah, ayat 191 dan 217)


Fitnah bukanlah satu perkara yang baru, bahkan berlaku sejak zaman silam. Rasulullah shalallahu alaihi wasalam juga tidak sunyi daripada dilanda fitnah yang sengaja dicetuskan musuh Islam antaranya mereka menuduh Rasulullah gila, tukang sihir dan lelaki pemecah-belah masyarakat.


Dalam hadis Rasulullah shalallahu alaihi wasalam daripada Abi Hurairah menerangkan secara jelas pengertian fitnah: "Tahukah kamu apakah memfitnah?" Sahabat berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." 






Baginda bersabda: "Memfitnah adalah mengatakan sesuatu mengenai saudara (Muslim) ketika tiada yang dia tidak suka." Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, maka apa yang harus kami katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat." (Riwayat Muslim). 


Ada ulama’ menafsirkan penabur fitnah sebagai memakan daging orang mati. Daging manusia yang disiat, digigit dan dikunyah mendatangkan kesakitan dan penderitaan yang amat sangat, begitulah perumpamaan mengumpat dan memfitnah yang menyakitkan hati orang lain. 


Sesungguhnya fitnah adalah perbuatan khianat yang dibenci Allah kerana mengatakan sesuatu tidak benar boleh memporak-perandakan rumah tangga, tercetus perbalahan dan mencemar maruah seseorang.


Dalam sekelip mata juga fitnah boleh menjadikan seorang pemimpin yang handal boleh jatuh, rumah tangga bahagia bergoncang dan berkecai atau orang yang berwatak baik boleh tercemar maruahnya angkara fitnah.



Antara sabda baginda Rasulullah shalallahu alaihi wasalam tentang fitnah:









ستكون فتن القاعد فيها خير من القائم





“Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (H.R Bukhari dan Muslim)






فاتقوا الدنيا واتقوا النساء فإن أول فتنة بني إسرائيل كانت في النساء





“Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula2 menimpa bani Israel adalah wanita.” (H.R Muslim)






إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه إلا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض





“Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi.” (H.R Ibnu Majah)





Hari ini, fitnah bukan saja tersebar melalui lisan, bahkan keadaannya lebih meluas iaitu melalui media massa dan internet. Dalam sekelip masa, fitnah boleh tersebar ke seluruh dunia.

Fitnah bukan sahaja boleh dirujuk hanya kepada wanita. Terkadang, fitnah wanita juga boleh tercetus daripada insan yang bernama lelaki. Sepatutnya insan tersebut menjadi pelindung wanita. Namun, malangnya kebanyakan lelaki pada hari ini masih tidak faham akan istilah lelaki pelindung wanita tersebut.


Benarlah Rasulullah shalalallahu alaihi wasalam pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah shalallahu alaihi wasalam bersabda yang bermaksud: 





“Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki [qowwamun] semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki”. (Bukhari dan Muslim)



Perempuan itu insan, begitu juga lelaki. Dan insan itu sama ada lelaki mahupun perempuan, telah diciptakan Allah daripada bahan yang sama, min nafsin wahidatin. Dalam tafsir al-Manar dengan pembahasan yang panjang lebar, dapat disimpulkan bahawa nafsin wahidatin itu ialah almahiyah wal-haqiqiyah, sesuatu dan hakikat. Kemudian dinyatakan:






"Yakni DIA menciptakan kamu sekalian dari satu jenis hakikat". (Tafsir al-Manar 4: 327)


Dalam hadis shahih disebutkan:





"Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.“ (HR. Al-Bukhari no 3331 dan Muslim no. 3632)



“Nasihatilah perempuan dengan cara yang baik! Perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk, sementara yang paling bengkok itu bagian teratasnya. Jika engkau bersikap keras meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika engkau membiarkannya, ia akan bengkok selamanya. Maka nasihatilah perempuan dengan cara yang baik!” (H.R Bukhari, Muslim, Ibnu Abi Syaibah, dan Baihaqi)


Surah An-Nisa’ pula dibuka dengan ayat:





"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.“ (Surah An-Nisa’, ayat 1)



Ingatlah, dengan menjaga diri kita sekaligus akan menjaga diri setiap individu yang berada di sekeliling kita sama ada individu tersebut adalah insan yang paling dekat dengan kita ataupun tidak, sama ada individu tersebut adalah lelaki mahupun wanita.


Sesungguhnya pendidik yang paling terbaik adalah diri kita sendiri. Dan bahan rujukan yang paling baik dalam mendidik diri adalah al-Quran dan as-Sunnah.


Ibnu al-Qayyim menyatakan, “Berapa banyak orang yang menyengsarakan anak dan buah hatinya di dunia dan akhirat dengan acuh dan tidak mendidiknya serta membantu mereka menumpahkan syahwatnya. Dengan itu, ia menganggap telah memuliakannya padahal ia menghinakannya dan telah memberikan kasih sayangnya padahal ia telah menzaliminya. Sehingga ia kehilangan (kesempatan) memanfaatkan anaknya dan anaknya pun kehilangan bagiannya di dunia dan akhirat. Apabila engkau perhatikan baik-baik kerusakan pada anak-anak maka engkau dapati umumnya dari pihak bapa. (Tuhafatul Maudud Fi Ahkaam al-Maulud hal 242)


Sesungguhnya FITNAH itu bukan sahaja dirujuk kepada kaum wanita. Namun, peringatan tetap peringatan. Beringatlah juga wahai kaum lelaki, sesungguhnya kamu dilahirkan daripada insan yang bernama wanita, setiap daripada kamu mempunyai saudara wanita sama ada saudaramu itu saudara jauh mahupun dekat. Setiap apa yang diperkatakan dan berlaku kepadamu boleh juga terkena tempiasnya kepada saudara wanitamu. 


Maka, jadilah pelindung kepada mereka. Lindungilah mereka daripada fitnah wanita! Jadikanlah mereka wanita syurga. Dan kepada kaum wanita, bantulah dirimu. Jagalah dirimu. Tidakkah kamu ingin jadi salah seorang wanita syurga??

Ya Allah, Jauhi aku dan seluruh saudara se-Islamku daripada segala jenis fitnah. Ameen Ya Robb..






Wida/Casa Lova



Friday, September 10, 2010

Takbir Raya Melayu VS Arab



Takbir raya Melayu versus takbir raya Arab. Mana lagi hebat?? Halah.tiada beza sangat pun lah. Sama sahaja. Kedua-duanya pun memuji Allah Subhanahu Wa Taala..







الله اكبر، الله اكبر، الله اكبر،
لا إله إلا الله والله اكبر، الله اكبر ولله الحمد.
الله اكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده.
لا إله إلا الله والله اكبر، الله اكبر ولله الحمد.



Alhamdulillah, sayunya rasa hati.


Akhirnya... dapat juga kami yang berada di perantauan ini mendengar takbir raya versi Malaysia. Bukanlah takbir raya versi arab tak best, cumanya kadang kala teringin juga mendengar takbir raya versi Malaysia secara langsung di bumi Anbiya’ ini.


Alhamdulillah, dapat juga kami mendengar takbir raya tersebut yang disampaikan oleh sahabat-sahabat lelaki yang senasib dengan kami. Eh, senasib macam mana tu ek? Senasib lah. Sebab… tak dapat balik raya kat Malaysia.hehe.Skuad Tabah di Jordan. Semoga terus bertabah k!


Walaubagaimanapun, terubat juga rindu di hati. Terubat juga rindu pada suasana malam raya di Malaysia apabila mendengar takbir raya oleh sahabat-sahabat lelaki melayu Islam di Jordan. Terubat juga rindu pada keluarga. Mak pesan: “ Raya kat Jordan tu jangan sedih-sedih. Jangan rindu-rinduan. Lagi setahun je kat sana. Setahun je lagi nak balik Malaysia. Tak lama dah pun. Berayalah bersama keluarga baru di sana sementara peluang masih ada.”



Alhamdulillah, beraya bersama keluarga baru. Lain juga suasananya. Rendang ayam yang dibuat pun tidak sehebat rendang ayam yang mak buat. Tak ‘kick’ sangat pun. Tapi boleh la, first time buat. Al-maklumlah, hidup di perantauan, sediakan apa yang ada sahaja lah.

Antara juadah yang dihidangkan untuk malam raya. Alhamdulillah, berjaya disiapkan walaupun tidak seberapa.

Kasihan juga pada teman serumah Casa Lova, tunggu family kirim barang dari Malaysia, tapi tak dapat ambil lah pulak, sebab pejabat pos di balad (bandar) dah tutup. Ramai juga sahabat yang senasib. Tak pe lah sahabat semua. Sesungguhnya Allah akan balas dengan sesuatu yang lebih baik nanti. 


“Dan aku tiada mengetahui, boleh jadi hal itu cobaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada suatu waktu.” (Surah Al-Anbiyaa, ayat 111)



Walaubagaimanapun, kepada para sahabat sekalian, marilah kita sama-sama menghidupkan suasana raya Aidil Fitri kita pada kali ini bukan sahaja dengan membuat kuih raya, rendang, ketupat dan sebagainya, bahkan juga kita hidupkan Aidil Fitri kita ini dengan amal ibadat kepada-NYA.



Marilah kita sama-sama terus menyambung amalan kita pada bulan Ramadhan seperti membaca al-quran, qiamullail, bersedekah dan selainnya sehingga ke bulan-bulan seterusnya. Kerana Allah bukan sahaja menghitung amalan kita pada bulan Ramadhan, bahkan Allah menghitung segala perbuatan dosa dan pahala kita pada setiap saat kita bernafas di muka bumi-NYA ini.



Daripada Abi Umamah radhiallahu ‘anhu, daripada Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:


“Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu.” (Ibnu Majah)



Semoga amalan kita diterima ALLAH~~



Suasana baru, orang baru, resepi baru, rasa makanan yang baru. Adatlah, hidup di perantauan. Kelainan yang mencipta keunikan. Keunikan yang mencipta kenangan.




Selamat tinggal Ramadhan. Kita bertemu lagi tahun hadapan. Insya Allah.



Eid Mubarak! Selamat datang Aidil Fitri.




Hukum Takbir Raya boleh lihat di sini, dan antara bimbingan untuk kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri juga boleh lihat di sini.





Wida/Casa Lova
Baru lepas dengar takbir raya oleh syabab dari pukul 9.30 p.m-10.30 p.m (lama tuu..)
Alhamdulillah.

Wednesday, September 8, 2010

Kenapa Tulisan Hati, Bicara Fikiranku??


Kerana aku menulis menggunakan hati, dan

berbicara menggunakan akal fikiranku.

Setiap orang berbeza. Dan berbezanya aku,

kerana aku adalah aku.

Istimewanya aku,

Kerana aku adalah aku.

Tidak perlu aku untuk menjadi orang lain.

Tetapi, kadang-kala..

Hidup tidak membenarkan aku, untuk menjadi aku.

Ada insan yang tidak mampu hidup denganku.

Apakah alasannya??

Kerana aku adalah aku.


Walau siapa pun aku.

Walau seteruk mana pun aku.

Aku hanya mencari, yang betul-betul memahamiku.

Dan tiada siapa yang faham aku.

Melainkan DIA, dan kerana itu jugalah.

Aku hanya cintakan DIA.

Aku rindukan DIA. Tapi,

Aku malu. Aku tidak layak untuk-NYA,

Namun, akanku berusaha,

Dalam mencapai Redha-NYA.

Aku berharap. Dan akan terus berharap,

Redha-Mu untukku.






Wida/Casa Lova/Jordan
Salam Aidil Fitri 2010 dari perantauan
Maaf Zahir & Batin



Ambillah benda ni..










Nah, ambil la benda ni.



Apa ni?


Ini adalah hati. Hati aku.


Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?


Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.


Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.


Oh ye ke... tapi maaf.


Untuk apa?


Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...


Maksud kau?


Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.


Mistik? Kelakar bunyinya...


Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.


Aku insan terpilih?


Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.


Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!


Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.


Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah......





Source : Article from Nur Izwah Abd Aziz
wida/Casa Lova