Friday, September 10, 2010

Takbir Raya Melayu VS Arab



Takbir raya Melayu versus takbir raya Arab. Mana lagi hebat?? Halah.tiada beza sangat pun lah. Sama sahaja. Kedua-duanya pun memuji Allah Subhanahu Wa Taala..







الله اكبر، الله اكبر، الله اكبر،
لا إله إلا الله والله اكبر، الله اكبر ولله الحمد.
الله اكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده.
لا إله إلا الله والله اكبر، الله اكبر ولله الحمد.



Alhamdulillah, sayunya rasa hati.


Akhirnya... dapat juga kami yang berada di perantauan ini mendengar takbir raya versi Malaysia. Bukanlah takbir raya versi arab tak best, cumanya kadang kala teringin juga mendengar takbir raya versi Malaysia secara langsung di bumi Anbiya’ ini.


Alhamdulillah, dapat juga kami mendengar takbir raya tersebut yang disampaikan oleh sahabat-sahabat lelaki yang senasib dengan kami. Eh, senasib macam mana tu ek? Senasib lah. Sebab… tak dapat balik raya kat Malaysia.hehe.Skuad Tabah di Jordan. Semoga terus bertabah k!


Walaubagaimanapun, terubat juga rindu di hati. Terubat juga rindu pada suasana malam raya di Malaysia apabila mendengar takbir raya oleh sahabat-sahabat lelaki melayu Islam di Jordan. Terubat juga rindu pada keluarga. Mak pesan: “ Raya kat Jordan tu jangan sedih-sedih. Jangan rindu-rinduan. Lagi setahun je kat sana. Setahun je lagi nak balik Malaysia. Tak lama dah pun. Berayalah bersama keluarga baru di sana sementara peluang masih ada.”



Alhamdulillah, beraya bersama keluarga baru. Lain juga suasananya. Rendang ayam yang dibuat pun tidak sehebat rendang ayam yang mak buat. Tak ‘kick’ sangat pun. Tapi boleh la, first time buat. Al-maklumlah, hidup di perantauan, sediakan apa yang ada sahaja lah.

Antara juadah yang dihidangkan untuk malam raya. Alhamdulillah, berjaya disiapkan walaupun tidak seberapa.

Kasihan juga pada teman serumah Casa Lova, tunggu family kirim barang dari Malaysia, tapi tak dapat ambil lah pulak, sebab pejabat pos di balad (bandar) dah tutup. Ramai juga sahabat yang senasib. Tak pe lah sahabat semua. Sesungguhnya Allah akan balas dengan sesuatu yang lebih baik nanti. 


“Dan aku tiada mengetahui, boleh jadi hal itu cobaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada suatu waktu.” (Surah Al-Anbiyaa, ayat 111)



Walaubagaimanapun, kepada para sahabat sekalian, marilah kita sama-sama menghidupkan suasana raya Aidil Fitri kita pada kali ini bukan sahaja dengan membuat kuih raya, rendang, ketupat dan sebagainya, bahkan juga kita hidupkan Aidil Fitri kita ini dengan amal ibadat kepada-NYA.



Marilah kita sama-sama terus menyambung amalan kita pada bulan Ramadhan seperti membaca al-quran, qiamullail, bersedekah dan selainnya sehingga ke bulan-bulan seterusnya. Kerana Allah bukan sahaja menghitung amalan kita pada bulan Ramadhan, bahkan Allah menghitung segala perbuatan dosa dan pahala kita pada setiap saat kita bernafas di muka bumi-NYA ini.



Daripada Abi Umamah radhiallahu ‘anhu, daripada Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:


“Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu.” (Ibnu Majah)



Semoga amalan kita diterima ALLAH~~



Suasana baru, orang baru, resepi baru, rasa makanan yang baru. Adatlah, hidup di perantauan. Kelainan yang mencipta keunikan. Keunikan yang mencipta kenangan.




Selamat tinggal Ramadhan. Kita bertemu lagi tahun hadapan. Insya Allah.



Eid Mubarak! Selamat datang Aidil Fitri.




Hukum Takbir Raya boleh lihat di sini, dan antara bimbingan untuk kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri juga boleh lihat di sini.





Wida/Casa Lova
Baru lepas dengar takbir raya oleh syabab dari pukul 9.30 p.m-10.30 p.m (lama tuu..)
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment