Mati itu pasti,
Semoga dengan mengingati mati,
Mampu membuat para hati,
Gentar! tidak alpa,
Dalam mempertingkatkan amal ibadat,
Menuju kecintaan-Nya,
Mati,
Andai mati menjemput,
Tiada pastilah kita,
Bila waktu hadirnya,
Maka gentarlah,
Bahawa ia bakal menjemput, sebentar lagi,
Maka gentarlah,
Bahawa ia bakal menjemput, bahkan sekarang!
Maka gentarlah, duhai para hati…
Andai mati menjemput,
Membawa pergi insan tersayang,
Bertemu pencipta-Nya,
Maka, bersabarlah,
Maka, redha-lah,
Maka, yakinlah,
Duhai para hati,
Bahawa, Mati itu Pasti,
Ingatlah, oh duhai para hati,
Dunia ini, dunia yang fana,
Bukanlah tempatnya,
Bukanlah titik pertemuannya,
Bukanlah dunia abadinya cinta,
Ingatlah duhai para hati,
Asal akhirat kelak,
Tempatnya bertemu kembali,
Kau dan aku, Dia dan kamu,
Berjuta beza antara kita para hati,
Bezanya pada amalanmu,
Bezanya pada amalanku,
Bezanya pada arah tuju abadimu,
Arah tuju abadiku,
Kemanakah kita? Arah tuju itu? Adakah…
Tempat punya bidadari bidadara syurga cinta kita ketemu, atau…
Tempat punyanya wajah-wajah bengis meregut ketenangan jiwa para hatimu!
Oh, duhai para hati…
Namun, tuntas satunya,
Rata yang sama antara kita,
Kau dan aku, Dia dan kamu,
Satu rata perjanjian,
Persamaan antara kita, iaitu,
Mati yang Pasti.
*****
Semoga hasil nukilan di atas mampu meregut ketenangan dan kealpaan sementara para hati yang tergugat amal ibadatnya kepada Al-Khaliq kini.
Betapa lekanya para hati dalam mengejar dunia sementara. Betapa hakisnya kini cinta pada-Nya.
Mati! Sunnatullah yang pasti.
Masih tidak gentarkah duhai para hati apabila disebut mengenainya? Masih mampukah diri tersenyum apabila disebut perkataan itu?
Masih tidak gentarkah kita apabila tahu bahawa roh bakal diambil keluar sakit dari tubuh?
Atau… para hati tidak mahu roh anda diambil dari tubuh oleh Sang Pelaksana tugasan dengan lemah-lembut gemalai, sopannya memikirkan kita seorang hamba yang taat kepada-Nya???
Atau… Oh tidak! Mungkin para hati ingin rohnya keluar dari tubuh ibaratnya bagai disentap?!
Duhai para hati, janganlah kelak diminta peluang kepada Yang Esa andai tika sudah terbalutnya ditubuhmu kapas dan kafan.
Duhai para hati, janganlah diminta peluang untuk kembali beribadat andai peluang sekarang untuk diri beribadat, mempertingkatkan amalan kepada-Nya kini dipersiakan begitu sahaja.
Semoga para hati tidak mudah leka dan alpa dalam setiap lakonan ceritera dunia yang fana ini.
Semoga kisah kewafatan baginda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam menjadi teladan kepada setiap para hati kini. Betapa suci, murni dan bersihnya baginda dalam kalangan umat manusia bahkan merupakan kekasih Allah! Namun baginda jua masih merasa nikmat derita kematian tersebut.
Ya Allah… Betapa rindu dan sesaknya jiwa merindui baginda yang masih mampu dalam kelemahan baginda mempertahankan umatnya. Masih mahu menyelamatkan kita daripada deritanya sakit saat kematian. Hanya selawat junjungan, amalan sunnah baginda yang diamalkan mampu mengubat serta menemani rindu-rindu pada baginda.
اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” (Al-A’raf:34)
Berikut merupakan sebuah sajak yang terkenal pada era 80-an. Semoga mampu menghayati bait-bait tulisannya.
Wallahu taala ‘alam.
*****
Sakaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!
Sakaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!
Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit
Tuan muda menelefon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB
Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas
Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya
Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku
Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal
Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala
Apa yang kau mahu?!
Oh Tuhan..
Panjangkan umurku..
Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun
63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi
Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB
Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku
Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..
Keluhan dan rintihan..
Panas!!!!!!!!!
Dahaga!!!!!!!
Haus!!!!
Panassss!!!!!!!!
Dahaga!!!!!!!
Haus!!!!
Panassss!!!!!!!!
Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku
Nenekku datang.. nenek!
Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini
Ibu!!!!!!!!!!
Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi
Ayah!!!!!!!!!!!!
Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya
Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaailaaaaaaaaaaahaillallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaak!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaailaaaaaaaaaaahaillallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaak!
Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaailaaaaaaaaaaahaillallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaailaaaaaaaaaaahaillallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!
Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!
Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba
Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!
Mari ikut kami!
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!
Katanya..
Mari ikut kami!
Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang
Apa ini?!
Apa ini?!
Apa ini?!
Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut!
Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan
Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku
Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!
Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!
Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..
Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya
Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah
Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku
Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!!
Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!
Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!
Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya
Siapa engkau?
Akulah amalanmu yang kejiiii…
Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh
Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?
Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?!
wida/Casalova /11 April 2011
*mengajak diri dan semua terus berlari mengejar redha dan cinta-Nya.
In sya Allah.
No comments:
Post a Comment