Wednesday, April 13, 2011

Bagaimana Mohon Belajar di Jordan?




LANGKAH 1:
download 3 borang niii dan print siap2…lepas tuu iku jee arahan kat bawah…

1.Borang permohonan ke Jordan borang 2011
2.BORANG SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA  http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/SSLN.pdf

LANGKAH2:

Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di universiti di Jordan di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh lima (5) Kepujian dalam mata pelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pergigian di peringkat SPM;

ii. Bagi program perubatan dan pergigian, pemohon mesti memperoleh lima (5) Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya 4B atau B (bermula SPM 2009) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat SPM; iii. Bagi program pengajian Islam dan Bahasa Arab, pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua mata pelajaran berikut:Bahasa Arab Tinggi/KomunikasiPendidikan Al-Quran dan As-SunnahPendidikan Syariah Islamiah

iii. Borang permohonan boleh didapati daripada: Pengarah Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM) Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62505 PUTRAJAYA 4. Setiap permohonan untuk kemasukan ke universiti di Jordan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

i) Dua (2) salinan Borang KPT/JORDAN/2010 (Borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Ke Universiti di Jordan)

ii) Dua (2) sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;

iii) Dua (2) terjemahan Sijil Lahir (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;

iv) Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir dalam bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut: Institut Terjemahan Negara Malaysia Wisma ITNM No. 2, Jalan 2/27E Wangsa Maju, Seksyen 10 53300 KUALA LUMPUR 
Tel. : 03-4149 7210Faks : 03-4149 1535

v) Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut: Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Bahagian Konsular Wisma Putra No.1, Jalan Wisma Putra Presint 2 62602 PUTRAJAYA Tel.:03-8887-4159Faks.: 03-8889-2923

vi) Lima (5) keping gambar warna berukuran pasport;

vii) Tiga (3) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan; (Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar); viii. Dua (2) salinan keputusan SPM yang disahkan; ix. Dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan; x. Dua (2) salinan pengesahan laporan perubatan;

xi) Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 40.00 bagi permohonan bidang perubatan ke Jordan University of Science and Technology dan bidang Pengajian Islam. Bayaran hendaklah dibuat melalui bank draf atas nama Director, Malaysian Student Department Jordan.

xii) Kenyataan pengesahan borang yang bersetem

5. Borang-borang KPT/JORDAN/serta dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut :Pengarah Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM) Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62505 PUTRAJAYA…

p/s ;Segala maklumat disini berdasarkan tahun kemasukan 2009/2010.Sebarang permasalahan boleh berkongsi bersama…. isi lengkap2 tau borang tuu…jgn tercicir satu dokumen pon..InsyaAllah akan dpt sambung pelajaran ke JORDAN amiiiiin!!!!

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 16 Mei 2011 di alamat berikut;


Pengarah
Bahagian Pemasaran Pendidikan (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2 Blok E9, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA


*****


Berikut adalah senarai Universiti yang menempatkan pelajar-pelajar Malaysia di Jordan


1.    Bidang Akademik:


(Menempatkan pelajar Perubatan dan Pergigian tajaan Jpa, Mara dan Persendirian)




2.    Bidang Agama dan Bahasa Arab:




Bagi mengetahui kos belajar di Jordan boleh lihat di sini.


Manakala bagi mengetahui serba sedikit mengenai tajaan kewangan untuk melanjutkan pelajaran boleh rujuk di sini.


Selain itu, anda juga boleh rujuk laman web bagi Sambutan Pelajar Baru (SPB) di Jordan, di link ini.





Sekian. Wallahu 'alam.






wida/casalova/13 April 2011
*tolong promote, ctrl C+ctrl V je...

No comments:

Post a Comment