Friday, March 11, 2011

Mawar, Pohon Semalu.




Ku melihat pada bunga mawar.




"indahnya bunga ini"..
"tingginya ia di atas pokok"



Lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja..



Mudahnya...benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..



Cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan..



Ku melihat pada semalu..



"erm..bunga apa ini"
"kat tapak kaki aje ia"



Lalu ku mahu petik ia..
Namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..


Masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..



Wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada Satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..



Masya Allah… Subhanallah… Wallahu a'lam…



Di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu.


Ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri.



Sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya.



Apakah perbezaan tu?



Mawar ~


sebuah pohon bunga indah..
keindahannya menarik mata manusia..
juga makhluk lain yang dicipta-Nya..
begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya..


mawar punyai batang berduri..
sungguh sukar untuk menyentuhnya..
tetapi keindahannya lebih menarik hati..
maka berlumbalah orang memetik dirinya..


namun benda yang indah..
sudah pasti akan mengusik hati sendiri..
bahawa aku ini indah..
maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..



Pohon Semalu ~


sebuah pohon yang adanya batang dan daun..
tiada pun keindahan padanya menarik perhatian..
berada di celahan lalang dan daunan..
begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan..


namun perasankah kita..
apabila menyentuhnya..
dia akan terus menyembunyikan dirinya..
begitu tinggi nilainya..
hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..


namun perasankah kita..
pohon semalu ada keindahannya..
kerana dia juga ada bunganya..
namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..


hayatilah sebaiknya..


dunia kini sudah berbeza..
wanita yang indah semakin ramai..
wanita sebegini memang mahal dirinya..
sukar untuk didekati andai tiada cara..


apabila cara mengena diri..
maka tunduklah wanita..
itulah ia mawar berduri..
walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..


tetapi...


wanita solehah..
adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya..
tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai..
menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..


wanita solehah..
akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam..
sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya..
maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..


wanita solehah..
apabila sudah memiliki suaminya..
maka setialah ia kepada suaminya..
disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..


itulah pohon semalu..
hanya kelihatan daun dan batang berduri..
tiada satu pun indah untuk melihatnya..
namun apabila tiba masanya..
ia bisa mengeluarkan bunga..
yang selama ini disembunyikan..





Ctrl C + Ctrl V sahaja disini.




Semoga bermanfaat. In sya Allah.




wida/ Casalova/ 11 Mac 2011
Bicara Bunga.





Thursday, March 10, 2011

PEMILIK HATI


Kenal Si Pemilik Segala Hati.



Dalam setiap hari menempuh kehidupan, terkadang kita lupa untuk mengucapkan kata syukur Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Tuhan Pencipta Alam, Tuhan Pencipta Segala Hati. Allah Subhanahu Wa Taala.




Kehidupan yang dilalui seharian penuh suka dan duka, penuh cabaran dan dugaan. Namun, adakah kita tetap akan mengucapkan kata syukur itu tidak kira apa jua yang kita lalui.



Adakah kita sentiasa mengeluh menunjukkan protes tanda tidak puas hati akan sesuatu. Adakah kita seperti itu? Fikir-fikirkanlah semula adakah kita seperti itu.



Betapa kerdil dan sedihnya hati apabila melihat para hati kini hakikatnya telah tiada pula  mengenal Si Penciptanya.



Para hati kini kian alpa akan kehadiran Si Pencipta.



Pelik? Si Pencipta??? Adakah para hati kenal siapa Si Pencipta itu? Ah. Bertambah sedih lagi kecewa apabila Si Pencipta itu juga tidak dikenalinya mereka. Sedarlah kita bukan robot yang penciptanya adalah manusia yang banyak salah silap serta khilafnya.



Mungkin, bagi para hati masa kini KAU hadir hanya apabila wujudnya masalah dalam kehidupan. Sakit, derita, kecewa. Semuanya adalah waktu-waktu yang KAU hadir dalam hidup mereka. Hakikat bahawa KAU sentiasa wujud sudah mula dipertikaikan.



Sedih! Teramat hiba kecewa apabila hati dan perasaan yang suci itu diperkotak-katikkan oleh para manusia yang sudah hilang akalnya. Para manusia yang hanya cintakan dunia!



Apabila akal, apabila nafsu menjadi keutamaan. Hancurlah dunia. Lebih malang jika yang hancur itu adalah dunia Islam! Huh. Na’uzubillah.



Sedih apabila para hati kini lebih mementingkan cinta makhluk dari cinta-Mu yang abadi lagi hakiki. Mohon diselamatkan para hati ini supaya akan lebih mengenal penciptanya.



Para hati kini apabila timbul perasaan suka, gembira, sayang, kasih mahupun cinta pada seseorang, boleh dikatakan mampu berbuat apa sahaja demi kesayangannya. Namun, tidak sedarkah para hati tersebut. Siapakah yang telah mengurniakan perasaan itu?



Jika ada segelintir hati yang suka, gembira, sayang, kasih mahupun cinta kepada kita. Tidak terfikirkah ia siapakah yang telah menggerakkan hatinya untuk suka pada kita? Adakah ia kuasa kita???



SIAPAKAH YANG MENENTUKAN BERTAMBAH DAN BERKURANGNYA PERASAAN SESEORANG ITU PADA KITA?? Adakah kita terfikir?



Wahai para hati, fikirkanlah… Adakah kita meminta pada-Nya sekadar untuk meminta cinta makhluk-Nya atau kita sekadar mencintai makhluk tanpa mempedulikan Si Pencipta cinta?



Betapa tamaknya para hati yang ingin menguasai segalanya yang hanyalah sesuatu yang dipinjamkan untuk kita.



Setiap ketentuan pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui baik dan buruknya sesuatu untuk hambanya.


***


Cinta,

Hanyalah secebis, seuntai kata,

Tapi rasa itu,

Rasa cinta, Kasih dan sayang,

Benci, kecewa,

Suka mahupun duka,

Hadirnya hanya dari-Nya,

Syurga, Neraka,

Itu bukti keadilan-Nya,

Siapalah kita menafikan,

Bersedihlah,

Titiskanlah manik-manik jernih itu,

Seketika cuma,

Andai ia,

Cinta makhluk yang hilang dari hidupmu,

Tangiskanlah,

Seketika cuma,

Tanda kamu menghargai rasa itu,

Namun,

Takutlah, Andai cinta itu hilang,

Andai cinta Al-Khaliq itu hilang,

Jauh pergi meninggalkan,

Hinalah kamu,

Dunia akhirat,

Kerana cinta itu, Hakikatnya…

Cinta abadi, lagi hakiki,

Kamu pasti menyesali kehilangannya.



***


Wahai para hati, cintailah Allah, pencipta sebenar segala hati, melebihi segala-galanya. Pasti kamu akan mendapat hati orang yang dicintai-Nya untukmu.



Andai hilangnya cinta DIA kepada kita walaupun kita mendapat cinta makhluk, kita tetap akan hilangnya bahagia dunia dan akhirat itu.



Yakinlah bahawa sesungguhnya ALLAH akan mengurniakan 'hati' yang dicintai-Nya juga kepada orang yang DIA cintai. 



Cukuplah hanya Allah. Sesungguhnya DIA telah berjanji.



"...Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)..." (Surah At-Taubah, 9:24)



Bukanlah sang makhluk pemilik segala hati. Namun, hargailah andai para hati itu dihadirkan dengan perasaan yang dengan syaratnya Allah itu meredhai.




Janganlah dihimpunkan sekali cinta dan benci dalam hati. Andai cinta dan benci itu dihadirkan sekali, maka cinta pasti akan pergi.




Selain itu, jangan dinafikan juga hak orang lain dalam kehidupan mereka. Saling hormat, saling memahami, dan saling menghargai kunci kebahagiaan dalam kehidupan. In sya Allah.




Wallahu taala a’lam.




Mohon diri dan seluruh umat Islam khususnya dijaga dari kehinaan hati yang dikaburi para syaitan yang sentiasa mencemburui.







wida/ Casalova/ 10 Mac 2011
Malam yang dingin terus dingin kesejukan berhujanan di musim sejuk.
Alhamdulillah.