Tuesday, February 22, 2011

PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI!






Salam promosi. Aduh... sejak akhir-akhir ni penulis tidak lekang menghadap laptop membuat kerja-kerja promosi. Iklan. Video. 


Pening-pening.


Tidak mengapa lah. Semoga setiap apa yang kita lakukan akan kita lakukan dengan ikhlas (walaupun ada masa-masa seperti rasa hendak mengamuk sebab serabut dan tension dengan kerja.hu2.) dan mengharapkan balasan hanya daripada yang Maha Pemberi. In sya Allah.



Apa yang penulis lakukan sejak akhir-akhir ini banyak menguji kesabaran penulis. Berhubungan dengan ramai orang yang bermacam-macam perangai dan tingkah laku. Pelajaran yang sedikit terabai. Kesihatan yang sedikit terganggu. In sya Allah baik-baik sahaja.



Baiklah. Lupakan tentang penulis. Fokus pada promosi! promosi! Iklan!



Pertama sekali, penulis sebagai Timbalan Biro Multimedia & Publisiti tersangatlah ingin, dan mahu, serta hendak, untuk mempromosikan SEMINAR KEWANGAN ISLAM BKMPJ 2011 yang bakal diadakan di Universiti Yarmouk, Jordan, iaitu tempat penulis sedang belajar kini. Seminar ini bakal diadakan pada 4-5 MAC 2011. Manakala temanya adalah "Keunggulan Sistem Kewangan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Global".



Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan di sini telah menganjurkan program ini buat kali keduanya setelah program Seminar Kewangan Islam BKMPJ 2010 yang bertemakan "Sistem Kewangan Islam Alternatif Kewangan Alaf Baru" bagi sesi tahun lepas.



Para pembentang atau ahli panel yang dijemput juga merupakan mereka yang arif dalam bidang ini. Segala maklumat lanjut mengenainya boleh rujuk disini.



OK. Selesai promosi yang pertama. (Simple je.hee...) 



Manakala bagi promosi yang kedua merupakan promosi dari segi kemahiran individu atau lebih dikenali juga sebagai soft skill.



Apabila berkata dari segi kemahiran, tidak ramai yang meminati kerja-kerja kemahiran ini walaupun hakikat ia merupakan satu alternatif untuk kita terus maju ke hadapan berbanding orang lain.


Walaubagaimanapun, setiap individu ada kemahirannya yang tersendiri. Janganlah merasa kecil, rendah diri apabila berada dengan mereka yang sangat mahir dalam bidang mereka.


Carilah kemahiran dan asahlah kemahiran atau bakat anda supaya terus mahir dan mampu berbakti kepada individu lain. Hakikat seorang insan merupakan individu yang saling memerlukan antara individu yang lain untuk membina satu kekuatan yang tidak bisa dirobohkan oleh pihak lain.



Bagi promosi kedua ini. Anda juga boleh rujuk disini. Promosi yang sama sahaja cuma cara pengiklanannya sahaja yang berbeza antara kami. ^^



Promosi kedua adalah mengenai GKLN. Sebarang permasalahan boleh rujuk saya di wirdayuni_1789@yahoo.com. atau 'orang kuat' group ini disini.




*****


PROJEK ANTOLOGI PUISI REMAJA DAN KANAK-KANAK GKLN 2011 TERBITAN DBP











SYARAT PENGHANTARAN KARYA



1. Penyertaan untuk antologi puisi ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut : 



- Sedang menuntut di luar negara.


- Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN. Bagaimana untuk menjadi ahli GKLN yang sah? Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@yahoo.com bersama karya penyertaan anda.


- Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.


- Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk twinning programme atau tamat pengajian dalam tempoh kurang 3 tahun dari tarikh tutup penyertaan juga layak menghantarkan penyertaan. 





2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran serta sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak (10-12 tahun) dan remaja (13-18 tahun) dengan menyentuh mana-mana aspek seperti: 


- Perpaduan

- Sains fiksyen

- Kasih sayang

- Kekeluargaan

- Pengembaraan

- Sejarah

- Konflik sosial

- Kemasyarakatan

- Tokoh terkenal

- Lain-lain aspek yang berkaitan.




3. Karya hendaklah asli dan bukannya saduran, adaptasi atau penyesuaian. Sekiranya karya pernah disiarkan dan diterbitkan, diharap dapat menyatakan maklumat yang berkenaan selengkapnya. Sekiranya karya pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog dengan serta-merta. 





4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis. 




5. Panjang puisi adalah bebas.



6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Ahad, 13 Mac 2011. 



7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan. 



8. Hantarkan tiga buah puisi yang memenuhi syarat-syarat karya ke gkln_sayembara@yahoo.com. Juga sertakan butiran peribadi anda seperti nama penuh, nama pena (jika ada), lokasi di luar negara serta alamat emel. Para penyumbang juga diminta untuk menghantar profil penulis yang lengkap dan kompak (maksimum 15 baris). Sila rujuk contoh profil penulis yang disisipkan di atas.







* P/S; untuk profil penulis boleh rujuk saya atau mereka yang berkaitan jika mahu.





Marilah menghargai peluang yang ada!




Yang penting SEMANGAT!








wida/21 Februari 2011
menyepi di bilik rumahku syurgaku casalova yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi. 
mood: Malaysia menanti...
charge mode: semangat untuk study!!! yeah.hu2.pape pun,kena siapkan kerja dulu.


Tuesday, February 8, 2011

Anger is Danger.

Anger is Danger



Rasa itu kini meluap
Benci amarah itu
Kini menampakkan ruang-ruangnya
Menzahirkan rasa



Mungkin kau tidak pernah mengerti
Mungkin kau tidak pernah melihat
Mungkin kau tidak pernah merasa
Rasa kita, mungkin lain
Rasa kita, mungkin juga sama



Kau punya ruang sendiri
Kau punya hidup sendiri
Kau punya cita sendiri
Aku faham...


Tapi, pernahkah?
Pernahkah kau sedar rasa jauh hati ini
Pernahkah kau merasa dilupai
Pernahkah kau fahami persahabatan ini


Lebih baik aku diam
Lebih baik aku sepikan diri
Lebih baik aku jauhkan diri
Lebih baik aku membawa diri


Supaya kau tidak lagi merasa
“Perlukah aku merayu melutut minta difahami”
Supaya kau tidak lagi merasa
“Bebannya diri menanggung persahabatan yang sakit”


Andai kau fahami hati
Tidak akan kau persoalkan besarkah salahku pada kau
Andai aku fahami hati
Tidak akan aku persoalkan besarkah salah kau padaku.


-----


Perasaan benci dan marah merupakan satu penyakit hati yang mampu membinasakan diri. Dendam menggunung tak pernah padam. Itu fitrah manusia. Itu kebiasaan manusia..




Hubungan kekeluargaan, persahabatan mahupun rumah tangga yang dibina juga mampu hancur disebabkan perasaan benci, marah, sakit hati.




Perasaan negatif dalam diri jika tidak dikawal mampu membuatkan individiu melahirkan kata-kata yang terkadang akan menyakitkan hati individu lain.



Jangan kerana mulut, badan binasa. Jangan kerana mulut, hati merana. Jangan kerana mulut, hancur dunia.




Marah. Marah. Marah. Benci. Dendam. Sakit.




Perasaan-perasaan ini hanya musuh kepada hati. Sungguh, ia akan memudaratkan diri. Membahayakan jantung dan paru-paru. Antara kajian mengenai fakta ini boleh dilihat disinidisini dan disini.




Jagalah hati. Janganlah dizalimi para hati dengan perasaan-perasaan yang membunuh ini.




Lantaran pentingnya menahan marah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam sampai berpesan melalui sabdanya:


Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam yang maksudnya: "Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam: "Jangan kamu marah".  (HR. Bukhari)





Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda, "Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu. Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mahu bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau." (HR. Thabrani)





Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman dalam kalam-Nya:



“… dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali Imran: 134)



Semoga kita tergolong dalam individu yang mampu menahan amarahnya. In sya Allah.






Wida/casalova/8 Februari 2011

* bait-bait kata yang mula-mula tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. (kalau ada yang terasa penulis tidak bertanggungjawab ;p )

* syukur Alhamdulillah juga kerana teman-teman penulis sudah kembali dari Jeddah untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu kami di bumi Jordan ini! Artikel menceritakan tentang mereka pada mulanya disini.