Wednesday, July 28, 2010

FIRST STEP: Hearttracker @ Penjejak Hati.




Bismillahirrahmanirrahim. Maha suci Allah yang mengurniakan segala nikmat diatas muka bumi ini. Selawat dan Salam atas junjungan Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam.


Alhamdulillah..seiring dengan gelaran yang dicipta sendiri, ilham daripada-NYA, hearttracker telah berjaya dihasilkan.


Pada suatu malam yang menghimpit diri ini dengan kesunyian yang melampau, akhirnya, tergerak juga hati saya untuk melaksanakan hajat yang sekian lama terbuku. Mencipta blog!


“Ah, tension betul malam ni, serabut!” Kalau diikutkan rasa hati, memang semua orang saya dah marah dan kepada sesiapa yang terkena panahan amarah saya yang tidak mengenal sesiapa, saya memohon berjuta kemaafan.


“Syaitan oh syaitan..rajin betul kau datang kat aku kan..”bisik hati ini. Akhirnya, sang syaitan juga yang dipersalahkan. Patut kah macam tu? Atau rasa hati ini yang harus dipersalahkan?


"Dari kejahatan (bisikan) yang bersembunyi. Yang membisikan kejahatan ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia."(Surah An-Nas, ayat 4-6).


Teringat saya akan surah tersebut, mendalam sekali maksud yang Allah hendak sampaikan.


"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Surah Fathir, ayat 6).


Haisy.takkan lah hendak biarkan syaitan itu menang pula kan. Takkan lah hendak melihat para syaitan bersorak riang gembira kerana berjaya mengalir dalam aliran darah lalu berbisik ke hati yang paling dalam supaya saya marah-marah dan merasa serabut pula kan. Ya Allah..minta dijauhkan. Saya tidak mahu menjadi salah seorang daripada ahli neraka!


Astaghfirullah.. Saya biarkan perasaan serabut, marah dan semua perasaan negatif yang hadir dalam diri terpadam sendri dengan ulangan bisikan hati astaghfirullahal ‘azim..


Sesungguhnya semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini semenjak hari kelahiran sehinggalah hari kita meninggalkan dunia fana ini sangat berkait rapat dengan hati. Jantung? Adakah jantung sama dengan hati? Dan hati, apakah yang dimaksudkan dengan hati tersebut? Maka, pada malam tersebut, terhasillah hearttracker ini, apabila yang difikirkan hanyalah tentang hati sahaja.


InsyaAllah, sedikit demi sedikit hearttracker akan berkongsi dengan kalian tentang perkara-perkara tersebut. Blog ini dibuat bukanlah hendak membicarakan soal hati sahaja. Tiada pemfokusan dibuat. Selagi jantung masih berdegup, nadi masih berdenyut, hati masih boleh melahirkan pelbagai rasa lalu mencetuskan akal untuk berfikir dan tangan serta jari-jemari masih boleh bergerak menaip keyboard laptop, maka serba sedikit perkongsian akan tetap hadir dilaman blog ini.


Semoga Allah permudahkan segala urusan. Wallahu taala ‘alam.



Posted by wida/Casa Lova